Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

siyes pages!

Tuesday, September 21, 2010

Pengalaman @ ilusi??

Ramadan dah pun meninggalkan kita semua..Mungkin pengalaman Lalilatul Qadar ini mampu membuatkan kita rindu kepada Ramadan..selamat membaca!! ;)

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Aku menggosok gosok mata ku utk mendapatkan kepastian. Ya, aku tidak bermimpi..

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah..

“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau Lailatulqadar . Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, “
sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.

Sesungguhnya.Allah Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu..semoga kita semua dikurniakan rezeki utk bertemu Ramadhan yg akan datang..amin..

1 comment: